Kenapa Monggol Menyerang Empayar Islam?
Pertama sekali, mari kita teliti sedikit fakta mengenai pen4klukan Dinasti Jin. Hampir berabad yang lalu ada seorang Khan yang bernama Ambgai Khan, di mana dia hampir saja menyatukan seluruh suku-suku Mongol. Tetapi pemerintah Dinasti Jin mengarahkan (mungkin secara ugutan) penduduk Mongolia Dalam untuk menangkap Ambgai khan bagi pihak Dinasti Jin.
Ketika Ambgai khan tiba ke Mongolia-Dalam untuk mencari isteri, penduduk tempatan segera menangkap Ambgai khan dan menyerahkan dia kepada pihak berkuasa Dinasti Jin. Dengan itu, pemerintah Jin bertindak membu-nuhnya dengan memaku dirinya pada keldai kayu.
Pen4klukan terhadap Dinasti Jin merupakan satu tindak balas demi menuntut keadilan untuk Ambgai khan. Dinasti Jin dilihat sebagai melaksanakan rancangan pembu-nuhan sulit menggunakan kaedah pengecut hanya untuk membu-nuh seorang pemimpin masyarakat, perkara ini telah membakar api kemarahan Temujin (Genghis Khan).
Natijahnya, pihak Jin terpaksa bergelut untuk menghentikan pencerobohan Mongol dengan memulangkan kembali pedang milik Ambgai Khan kepada Genghis. Malangnya, tindakan yang disangka berupaya menghentikan pencerobohan oleh Genghis Khan, sebaliknya menjadikan Khan Agung itu semakin naik marah. Dari situlah bermulanya pengakhiran riwayat Dinasti Jin.
Antara kemungkinan kepada punca lain bagi Genghis menceroboh Dinasti Jin adalah kerana campur tangan pemerintah Jin dalam konflik konflik dan politik kesukuan nomad di steppe memandangkan pengasas Dinasti Jin Agung itu sendiri berasal dari keturunan nomad padang rumput.
Pengasas Dinasti Jin adalah adalah keturunan Jurchen (kemudian dijenamakan semula sebagai Manchu), tetapi pemerintah mereka telah beradaptasi dengan budaya China Han. Mereka memerintah sebuah wilayah yang meliputi wilayah timur laut China, Manchuria, hingga ke Siberia.
Baiklah, tetapi, mengapa Mongol masih tetap meny3rang Rusia, Hungary, dan banyak lagi kerajaan lain? Pencerobohan terhadap Rusia memang tidak mempunyai sebarang alasan yang munasabah. Apatah lagi, Genghis tidak pernah memerintahkan sebarang pencerobohan ke atas Rusia.
Hanya dua orang panglimanya merangkap cucu Genghis yang berambisi tinggi dan berkempen men4kluk Rusia, dalam proses itu mereka telah menghancurkan tentera Kievan Rus’ dalam Pertempuran Sungai Kalka. Manakala pen4klukan lanjut terhadap Hungary, Korea, Dinasti Song dan semua pencerobohan yang lain hanya berlaku setelah kema-tian Genghis Khan.
Agak mustahil untuk membedah dan menentukan apakah punca paling utama kebangkitan Genghis Khan yang membawa kepada pen4klukan yang besar itu. Genghis tidak men4kluki dunia. Dan dari apa yang kita baca berkaitan dengan kempen ofensifnya, dia tidak pernah berusaha secara serius untuk men4kluk dunia. Dia hanya akan meny3rang, menj4rah, dan pulang. (melainkan di beberapa tempat, dia hanya meninggalkan sejumlah kecil tentera dan melantik pentadbir yang dipercayainya).
Peluasan sempadan kuasa Mongol di Dunia Islam, China Selatan dan Eropah Timur hanya direalisasikan oleh para putera dan cucunya, iaitu sedekad setelah kema-tiannya.
Tetapi wajar untuk diakui seandainya Genghis tidak menyatukan kaum-kaum nomad di bawah Mongol, tidak mungkin anak cucunya mewarisi pengaruh dan mandat beliau dan sudah tentu Mongol akan terus tinggal di dalam khemah dan menjadi gembala di tengah padang rumput. Namun Genghis Khan menjadi pelopor kebangkitan lalu menyebabkan sempadan kuasa Mongol meliputi dua pertiga dunia ini.
FASA AWAL
Sekarang kita kembali membedah punca-punca di sebalik pencerobohan yang dilakukan Genghis. Bermula dengan fasa pertama. Genghis mula keluar dari padang rumput bersama rumpun nomadiknya untuk memusnahkan kerajaan Xia Barat atau lebih dikenali oleh Mongol sebagai kerajaan Tangut. Terdapat dua teori di sebalik pencerobohan terhadap Xia Barat.
Pertama, kerajaan Xia Barat dimusnahkan bagi membuka laluan kepada ekspedisi tentera Genghis yang sedang dalam perjalanan untuk meny3rang Dinasti Jin, yang merupakan sasaran sebenar Genghis Khan.
Kedua, Genghis ingin menjar4h Xia Barat untuk menggunakan harta rampasan sebagai ‘token semangat’ kepada gerombolan besar tenteranya (yang jauh lebih besar dari mana-mana federasi yang pernah dibentuk oleh suku-suku nomad selepas Federasi Xiongnu).
Bagaimanapun, Genghis menundukkan Xia Barat dan memaksa mereka menjadi negeri vasal Mongol. Dari sinilah dia membuka pusat pertempuran bagi melancarkan pe-rang ke atas Dinasti Jin.
Jadi, jelas di situ bahawa Dinasti Jin sentiasa menjadi sasaran sebenar Genghis. Tidak seperti Xia Barat, Empayar Jin juga diasaskan oleh suku-suku nomad, dan suka ataupun tidak, mereka akan tetap terlibat dalam politik padang rumput walaupun setelah men4kluk China Utara.
Genghis sudah cukup pintar untuk melihat ancaman dari Jin terhadap pergolakan yang baru ini. Penj4rahan juga merupakan motif di sebalik serbuan ini. Aku gunakan istilah ‘serbuan’ kerana Genghis Khan sebenarnya tidak pernah menduduki tanah Dinasti Jin.
Peristiwa paling terkenal dengan penglibatan kempennya di sini adalah Pengepungan Beijing. Di sini juga dia terus pulang berlalu pergi setelah puas menj4rah kota itu. Sikapnya yang tidak selesa apabila berada di luar dari Mongolia ini menyebabkan para sejarawan berpendapat bahawa Genghis Khan sebenarnya adalah seorang panglima pe-rang dan raja Mongol yang mengalami isu ‘introvert’.
KEANGKUHAN SHAH KHWAREZMI
Baiklah, kita tinggalkan dahulu China di timur, sekarang kita teliti peristiwa yang berkemungkinan merupakan pencerobohan Genghis Khan yang paling penting, iaitu pencerobohan Mongol terhadap Empayar Khwarezmi.
Setelah s3rangan yang berjaya menj4rah wilayah-wilayah Dinasti Jin, Genghis Khan mengambil keputusan untuk menumpukan seluruh kekuatannya terhadap tanah besar China.
Dari situ, dia menjalinkan hubungan dagang dengan kerajaan-kerajaan di Asia Tengah termasuklah Dinasti Khwarezmi, Mongol menjual pelbagai jenis barangan yang dirampas dari China kepada Khwarezmi.
Tujuan Mongol menjalin hubungan dagang adalah bagi membiayai kempen menentang China yang akan datang, sekaligus mencipta satu alasan kukuh mengapa Khwarezmi tidak sepatutnya meny3rang Mongol sekaligus Genghis berjaya mengamankan sempadan baratnya.
Genghis Khan mengirim utusannya untuk memeterai perjanjian perdagangan di antara Empayar Mongol dengan Empayar Khwarezmi. Pada peringkat awal, Ala ad-Din Muhammad Shah II, pemerintah (Shah) Dinasti Khwarezmi menerima usul tersebut.
Dan oleh itu, Genghis Khan mengirimkan satu rombongan sejumlah 500 pedagang dan karavan penuh dengan barang-barang yang dij4rah oleh tentera Mongol dari Dinasti Jin.
Tetapi, setelah rombongan itu tiba di kota Otrar, gabenor Otrar yang bernama Inalchuq bertindak menangkap 500 pedagang dan menuduh mereka berniat melakukan pengintipan bagi pihak Genghis.
Setelah mendengar khabar berita ini, Genghis sekali lagi mengirimkan utusan kepada Ala ad-Din Muhammad II bagi menuntut Shah tersebut agar menangkap dan menyerahkan Inalchuq kepada Empayar Mongol, serta menuntut pembebasan pulang kesemua 500 para pedagang bersama-sama dengan semua barangan mereka.
Tetapi atas dasar hubungan persaudaraan baginda dengan Inalchuq, Ala ad-Din Muhammad Shah II menolak tuntutan itu, bahkan dia mengarahkan hukuman bu-nuh dilaksanakan terhadap dua daripada tiga utusan yang dikirim oleh Genghis Khan kemudian bertindak membakar janggut seorang utusan yang dibiarkan hidup untuk pulang sebagai saksi. Pemerintah Khwarezmi itu juga turut membu-nuh kesemua 500 pedagang Mongol.
Keputusan kurang bijak itu benar-benar mencabar kesabaran Genghis Khan yang berpegang teguh kepada kepercayaan tradisi Mongol bahawa seorang utusan adalah seorang manusia yang suci dan adalah berdosa besar jika seorang utusan diapa-apakan.
Tindakan Empayar Khwarezmi tidak ubah seperti meludah tepat ke wajah Genghis Khan. Sebagai seorang panglima pe-rang yang telah melihat dan pernah terlibat dalam berpuluh-puluh pertempuran ganas, Genghis Khan menganggap apa yang dilakukan oleh Empayar Khwarezmi itu sebagai satu pengisytiharan pe-rang terhadap Empayar Mongol.
Dikatakan bahawa, Genghis Khan yang ditakuti oleh seluruh dunia itu, sebenarnya ada juga sedikit rasa gementar terhadap kekuatan tentera Khwarezmi sehingga semasa persiapannya untuk melancarkan pe-rang, dia berdoa memuja Tengri (Tuhan Langit dan Bumi, kepercayaan teologi Mongol kuno) selama tiga hari dan tiga malam tanpa sebarang rehat.
Setelah itu, bagi memastikan keselamatan ibukota serta tanah airnya sendiri di Mongolia terjamin, dia meninggalkan dua tumen (istilah sistem perpuluhan merujuk kepada unit tentera Turkik, satu tumen merangkumi antara 6,000 hingga 10,000 tentera Turkik) bagi menjaga keselamatan tanah airnya sepanjang ketiadaan dia yang melakukan ekspedisi ketenteraan dengan membawa pasukannya yang lain dengan tekad untuk melenyapkan terus dinasti Khwarezmi dari peta dunia.
Ketika mendapat berita bahawa Genghis Khan sedang berarak dalam formasi s3rangan menuju ke sempadan Khwarezmi, Jalal ad-Din Mingburnu, anak kepada Muhammad Shah II mengusulkan kepada bapanya untuk melawan tentera Mongol dalam satu pertempuran yang besar berhampiran Syr Darya.
Namun, Muhammad II hanya memilih untuk bergantung sepenuhnya kepada kubu-kubu pertahanannya yang kukuh namun baginda tidak mengerah angkatan pasukan tenteranya, malah dia hanya menempatkan tentera dalam beberapa pecahan di antara kota-kota besar kerajaannya.
Sementara itu, tentera Mongol dengan pantas men4kluk satu demi satu kota yang lain. Pada awal tahun 1220, Bukhara jatuh ke tangan Mongol, diikuti oleh Samarkand. Muhammad Shah mula berundur ke barat, dan setelah beberapa pertempuran yang tidak berjaya, baginda hanya mempunyai sejumlah kecil tentera dan anak-anaknya. Tentera Khwarezmi yang besar dan tidak berdisiplin gagal mengalahkan Mongol yang jumlahnya jauh lebih rendah.
Legenda mengatakan bahawa Muhammad Shah melarikan diri ke Laut Kaspia, ketika dia sakit teruk, baginda mengumpulkan anak-anaknya: Jalal ad-Din, Aqshah, dan Uzlagh Khan dan mengumumkan bahawa dia melantik Jalal ad-Din sebagai pewaris takhta kerana hanya dia yang dapat berhadapan dengan musuh.
Muhammad Shah menyeru para puteranya yang lebih muda untuk taat dan patuh kepada Jalal ad-Din, selepas menggantung pedangnya pada tali pinggang Jalal ad-Din. Beberapa hari kemudian, Ala ad-Din Muhammad Shah II akhirnya meninggal dunia, dan Jalal ad-Din menaiki takhta lalu diisytiharkan sebagai Khwarezmishah yang baru dengan gelaran Jalal ad-Din Mingburnu Shah ibn Muhammad Shah
Berikutan kekalahan ayahnya di tangan Genghis Khan pada tahun 1220, Jalal ad-Din Mingburnu mula berundur dengan pasukan Khwarazemi yang tersisa, ketika dikejar oleh tentera Mongol dan pada pertempuran Parwan di utara Kabul, Jalal ad-Din berjaya mengalahkan Mongol.
Berikutan pencerobohan Mongol, penj4rahan Samarkand dan ditinggalkan oleh sekutu dari Afghan, Jalal ad-Din terpaksa melarikan diri ke India. Namun, di Sungai Indus, tentera Mongol mengejar dan membantai pasukannya, bersama dengan ribuan pelarian dalam Pertempuran Indus.
Jalal ad-Din melarikan diri lagi dan memohon suaka dari Kesultanan Delhi tetapi Iltutmish menafikannya bagi menghormati hubungannya dengan Kekhalifahan Abbasiyah. Kota-kota Herat, Ghazni dan Merv dihancurkan dan dibantai oleh pasukan tentera Mongol kerana menentang atau memberontak.
Di pihak Mongol pula, Genghis Khan benar-benar hanya melaksanakan tujuan asalnya sahaja, iaitu meny3rang, membu-nuh, menj4rah, dan pulang. Manakala Empayar Khwarezmi ketika itu adalah antara kuasa besar Islam yang kuat, tetapi Mongol telah menghancurkan mereka sepenuhnya. Genghis memusnahkan banyak lagi kota, semasa dalam perjalanan dan menyembelih ramai warga penduduk.
Semenjak saat itu tidak ada lagi mana-mana kerajaan yang berani menyentuh seorang utusan terutamanya jika utusan itu adalah seorang Mongol. Manakala Jalal ad-Din Mingburnu ibn Muhammad Shah menjadi Shah Empayar Khwarezmi yang terakhir berkuasa.
Dalam tragedi yang melanda kerajaan Islam itu, ternyata ia akibat dari kesalahan Muhammad Shah, pemerintah Khwarzemi sendiri, baginda dengan angkuhnya memandang remeh akan kekuatan dan tekad Genghis dengan menghina dan membu-nuh rombongan pedagang dan para utusannya.
Seperti yang dicatatkan dalam sej4rah, gabenor Ortar yang memulakan konflik ini, tetapi Genghis menganggapnya sebagai penghinaan dari Shah Khwarzem berikutan keengganan Shah untuk menangkap dan menyerahkan gabenor Ortar kepada Mongol sebagai tindakbalas terhadap pembu-nuhan 500 rombongan pedagang Mongol dan para utusan.
Setelah meruntuhkan Khwarezmi, Genghis memerintahkan dua Jeneral terbaiknya, Subutai dan Jebe untuk menuju ke barat bagi meneliti sejauh mana lagi mereka mampu melakukan serbuan dan pej4rahan. Laluan yang mereka lalui itu kini sudah terkenal dengan gelaran ‘Great Raid’. Sementara itu, sejumlah besar pasukan Mongol berkeliaran di sekitar Asia Tengah, dari Iran ke Afghanistan, untuk menjejak Shah Khwarzem dan anak-anaknya.
Manakala, pencerobohan Mongol terhadap Empayar Karakhanid pula mempunyai alasan yang sangat mudah. Putera sebuah empayar pesaing dari suku Naiman (suku Mongol yang ditakluk oleh Genghis khan untuk menyatukan bangsa Mongol) yang berkuasa di sana telah bertindak meny3rang dan mensabotaj Mongol bagi membalas dendam sehingga Genghis khan menghantar Jeneral Jebe untuk menyelesaikan masalah ini.
KEBANGKITAN MONGOL DILUAR KONTEKS GENGHIS KHAN
Hari ini, terdapat teori tidak popular bahawa pertumbuhan rumput yang luar biasa di steppe menyebabkan peningkatan pesat populasi manusia dan kuda, dan dengan demikian secara tidak langsung bertindak sebagai faktor pendesak. Masuk akal walaupun kelakar.
Yang menariknya, ada pihak lain yang memilki idea bertentangan kerana sepatutnya kekurangan rumput yang menjadi faktor memaksa orang-orang nomad untuk meny3rang kerajaan jiran. Semakin tak masuk akal nampaknya, jadi, apakah sebab sebenarnya? Apa jua punca kebangkitan Mongol, semuanya telah lama dikuburkan bersama-sama Genghis Khan.
Apa kata kita tukar persoalan “mengapa Genghis Khan menceroboh kerajaan lain” kerana ia secara khusus cuba mencari jawapan yang tidak mungkin diperoleh, iaitu samada Genghis Khan pernah memiliki mentaliti dan niat meluaskan kuasanya atau tidak.
Jadi, kita tukar persoalan itu kepada “mengapa hampir semua gerombolan suku-suku nomad eurasia sering mahu mendominasi kuasa dan agresif secara ketenteraan?
Satu perkara yang perlu kita fahami mengenai orang-orang nomadik ini ialah mereka bukan berjiwa nasionalis. Konsep negara bangsa Mongol dan Turkik hanyalah fenomena yang baru popular pada zaman moden. Mereka adalah suku yang berpuak-puak, maka oleh itu kesetiaan setiap pejuang adalah tegas dan eksklusif hanya terhadap puak masing-masing.
Jadi, Khan-khan pada waktu itu akan sentiasa berlumba-lumba untuk memulakan kempen ketenteraan bagi ‘membuktikan’ kemampuan mereka, dan jika gagal melakukannya bererti kesetiaan suku akan goyah, bahkan akan ada risiko pemberontakan dan pe-rang saudara.
Suku-suku ini secara umumnya pula hanya akan setia kepada mana-mana Khan (ketua negara dari konfederasi berbilang suku, gerombolan), yang bermaksud bahawa suku-suku itu hanya setia kepada Khan jika mereka yakin dan percaya dengan kemampuannya. Khususnya berkaitan kecekapan ketenteraan.
Inilah sebabnya mengapa semua Khan Turkik dan Mongol berusaha meluaskan pengaruh kuasa, jika mereka tidak menentukan sasaran kapasiti ketenteraan suku-suku ini terhadap musuh asing, yang juga satu peluang untuk Khan-khan meraih penghormatan melalui kemenangan mereka, namun, jika gagal, maka kapasiti ketenteraan itu akan disasarkan untuk meny3rang suku lain, atau lebih buruk lagi, pada Khan itu sendiri.
SUDUT PANDANG BERBEZA STRUKTUR KEBANGKITAN MONGOL
Dari sudut ketenteraan, kejayaan Genghis Khan disebabkan oleh penyusunan semula angkatan besar tentera Mongol menjadi unit tentera pertempuran yang kejam dan berdisiplin.
Empayar Rom dan Dinasti Qin adalah antara negara kuno lain yang mencapai tahap disiplin yang serupa, tiada lagi mana-mana kuasa yang mampu menandingi disiplin mereka selepas itu.
Tindakan pengecut (melarikan diri dari pertempuran, tidak berani membu-nuh musuh) yang dilakukan oleh seorang askar akan turut mengheret seluruh 10 orang anggota unitnya yang lain untuk dihukum ma-ti bersama-sama. (Dinasti Qin memiliki dasar yang serupa)
Strategi taktikal tempur Mongol yang popular adalah berpura-pura berundur, untuk menarik tentera musuh ke dalam perang-kap.
Penj4rahan adalah dilarang jika tanpa keizinan, yang bermaksud tentera Mongol berjuang sehingga titisan darah terakhir selagi musuh tidak dihabisi atau tidak diarahkan berhenti oleh jeneral mereka, berbeza dengan tentera lain yang biasanya keluar meninggalkan medan tempur sebelum waktunya hanya untuk menj4rah harta benda.
Harta rampasan pe-rang hanya dibahagikan kepada para pejuang, bukan kepada golongan bangsawan. Manakala menyediakan laluan melarikan diri yang palsu, adalah sangat berguna kerana tentera musuh ketika melarikan diri biasanya akan menanggalkan perisai dan membuang segala kelengkapan senjata mereka supaya boleh menambahkan kelajuan, ternyata itu satu kesilapan besar.
Setiap seorang tentera musuh akan dihapuskan. Pertempuran tidak akan berakhir sehingga mereka selesai sepenuhnya. Kita boleh katakan sebenarnya tentera Mongol tidak pernah menghadapi satu pasukan tentera musuh yang sama sebanyak dua kali.
Penyerahan kalah terhadap ketuanan Mongol tanpa sebarang tentangan adalah jalan selamat yang amat dihargai. Penentangan yang sia-sia hanya akan menyebabkan pembu-nuhan yang dahsyat. Itulah senjata propaganda Mongol yang sangat berkesan.
Dari sudut pandangan sosial dan masyarakat, pemerintahan Mongol adalah agak ringan. Kebebasan beragama dilaksanakan oleh Dinasti Yuan di China, dan amat mementingkan keadilan undang-undang dan ketertiban. Walaupun sistem percukaian agak membebankan rakyat. Mereka turut menjadi yang pertama sekali memperkenalkan sistem pos penunggang kuda yang sangat berkesan.
Dari sudut pandang psikologi, sangat meragukan jika Genghis Khan benar-benar memulakan perjalanannya menuju ke matlamat menguasai dunia, lagi tidak masuk akal apabila ada pendapat mengatakan Genghis melakukannya atas dasar keagamaan.
Di bawah Genghis Khan, bangsa Mongol amat mudah menyerap budaya dan teknologi asing, yang tidak hanya bermanfaat untuk memulihara budaya mereka sendiri, tetapi juga memberi mereka teknologi senjata, pertukangan dan taktikal pe-rang terbaru. Antaranya ialah jentera pengepung, balista dan manjanik yang mereka ambil dari Dinasti Jin.
Apa yang jelas, semua bermula apabila Genghis atau Temujin dan sukunya cuba bergelut untuk terus bertahan hidup. Apabila pergelutan kuasa dalaman Mongol ditamatkan, dia mendapati dirinya telah memiliki aset ketenteraan yang besar, hebat, kuat dan kejam.
Namun, angkatan tentera yang besar dan bermoral pastinya selalu tamak untuk berpe-rang akan menimbulkan masalah. Jadi, apa yang boleh dia dan pewarisnya lakukan selain terus berkembang ke luar?
Semua perkara yang kita baca dalam sej4rah terutamanya yang menggelarkan Genghis Khan sebagai “hukuman dan mandat teragung yang dikirim oleh Tuhan untuk menguasai dunia” lebih kelihatan seperti bahan propaganda nasional yang ringkas, yang hanya dilihat rasional setelah mereka sedar akan manfaatnya.
Ternyata, dalam dua kempen besar yang diperintah Genghis Khan ini (Dinasti Jin dan Empayar Khwarezmi), isu paling asas dalam kebangkitan Genghis Khan sebelum itu jelas melibatkan usaha untuk membalas dendam sahaja. Namun setelah kuasanya semakin meningkat, peluasan sempadan, wilayah dan pengaruh tidak dapat dielakkan lagi. Dan era pen4klukan diteruskan oleh anak-anak hingga ke cucunya.
RUJUKAN:
Schneider, Julia. (2011). The Jin Revisited: New Assessment of Jurchen Emperors. Journal of Song-Yuan Studies.
Szczepanski, Kallie. (2020, August 28). What Motivated the Mongol C0nquests of Genghis Khan?
Aigle, Denise. (2014). The Mongol Empire between Myth and Reality: Studies in Anthropological History. Leiden: Brill.
source https://thetheoritical.blogspot.com/2020/12/kenapa-monggol-menyerang-empayar-islam.html
from Tumblr https://fuckinamormitsuki.tumblr.com/post/638559730415124480
Comments
Post a Comment