Popular posts from this blog
5 Jenama Luar Yang Disangka Berasal Dari Malaysia
Terdapat beberapa jenama luar yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia sehingga ianya dianggap berakar umbi daripada negara kita. Bukan itu sahaja, nama serta produk yang ditawarkan juga sangat dekat dengan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun tahukah anda, terdapat beberapa jenama luar yang dianggap berasal daripada Malaysia. Apakah jenama-jenama tersebut? 1. Ayam Brand Mendengar sahaja nama Ayam Brand pasti ramai yang beranggapan bahawa jenama ini berasal daripada Malaysia. Hal ini mungkin berpunca daripada penggunaan perkataan ‘ayam’ yang digunakan sebagai pangkal nama. Buat pengetahuan anda semua, Ayam Brand digagaskan pada tahun 1892 di Singapura oleh seorang warganegara Perancis iaitu Alfred Clouet. Ketika itu, Ayam Brand hanya membekalkan makanan kepada pekerja-pekerja koloni sahaja. Hal ini demikian kerana makanan dalam tin dianggap sebagai makanan kayangan yang sukar dibeli oleh rakyat marhaen. Hari ini, Ayam Brand dimiliki oleh Denis Group yang berpangkalan di
Kenapa Monggol Menyerang Empayar Islam?
Pertama sekali, mari kita teliti sedikit fakta mengenai pen4klukan Dinasti Jin. Hampir berabad yang lalu ada seorang Khan yang bernama Ambgai Khan, di mana dia hampir saja menyatukan seluruh suku-suku Mongol. Tetapi pemerintah Dinasti Jin mengarahkan (mungkin secara ugutan) penduduk Mongolia Dalam untuk menangkap Ambgai khan bagi pihak Dinasti Jin. Ketika Ambgai khan tiba ke Mongolia-Dalam untuk mencari isteri, penduduk tempatan segera menangkap Ambgai khan dan menyerahkan dia kepada pihak berkuasa Dinasti Jin. Dengan itu, pemerintah Jin bertindak membu-nuhnya dengan memaku dirinya pada keldai kayu. Pen4klukan terhadap Dinasti Jin merupakan satu tindak balas demi menuntut keadilan untuk Ambgai khan. Dinasti Jin dilihat sebagai melaksanakan rancangan pembu-nuhan sulit menggunakan kaedah pengecut hanya untuk membu-nuh seorang pemimpin masyarakat, perkara ini telah membakar api kemarahan Temujin (Genghis Khan). Natijahnya, pihak Jin terpaksa bergelut untuk menghentikan penceroboha
Comments
Post a Comment